Wednesday, March 3, 2010

ALBUM GAMBAR BARU (CUSTOM UV ALBUM)

Di sini aku upload gambar contoh album gambar yang baru untuk 'wedding album'. Ada dua saiz (8 x 24) dan (10 x 24) inci untuk 11 m/surat, kalo dikira dua belah, ada 22 m/surat. Mulai dari 1 Mac 2010, semua album wedding akan diberi dalam bentuk UV album (pakej yang ada custom album je) kerana kualiti yang lebih baik dan menarik berbanding album yang lepas. Contoh kat bawah album 8 x 24.












Monday, March 1, 2010

PESTA CHAP GOH MEI SELANGOR 2010

Pada 27 Februari yang lalu, Kerajaan Negeri Selangor mengadakan sambutan Pesta Chap Goh Mei bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina 2010 yang berlangsung di i-City, Seksyen 7, Shah Alam. Sambutan bermula pada jam 8.00 malam dengan susunan program yang menarik, antaranya persembahan kebudayaan pelbagai bangsa, limpahan lampu digital warna warni, tarian naga dan singa, percuma limau mandarin, jualan makanan dan minuman, pertunjukan bunga api dan banyak lagi. Aku yang ditemani tunangku, Azie dan kawannya,GG, datang ke i-City semata-mata nak tengok bunga api. Kitorang apa lagi cari la 'port' baik punya nak lepak dan 'shooting' bunga api. Lama la jgk lepak, dekat 2 jam++ la jugak sebelum bunga api tu meletup di ruang udara i-City. Tapi penantian kami berbaloi kerana dapat menikmati kecantikkan dan dapat 'nice shot' bunga api tu. Di sini saya sertakan beberapa sempena sambutan tersebut.




Beberapa gambar di i-City yang dirakamkan sebelum malam sambutan.





Beberapa jurufoto mengambil port masing-masing,
menunggu untuk merakam gambar bunga api.





































Terima kasih kepada Azie dan GG yang menemaniku.

Saturday, February 27, 2010

AKU DAN FOTOGRAFI.

Belek punya belek album lama, terjumpalah aku satu gambar lama masa aku kecik2 dulu. Masa aku kecik2 dulu selalu suka bergambar,yela mana taknya, dah ada tukang ambik gambar sejak kecik. Bila tengok balik gambar aku yang tengah pegang kamera compact filem ntah apa jenamanya ni, terasa macam dah ditakdirkan untuk menjadi seorang Jurufoto suatu hari nanti. Hari ini, aku bersyukur dan berbangga menjadi seorang Jurufoto yang dapat berkongsi segala detik-detik, memori-memori, peristiwa-peristiwa indah yang berlaku di muka bumi ini. Semoga dapat maju lagi di masa hadapan, Aminnnn....


Monday, February 22, 2010

BIRTHDAY 'UMPING'...2 TAHUN DAH...

Pada 5 Februari lepas, maka Wan Mohd. Hazwan (bakal adik ipar aku) sudah pun berusia 2 tahun. Lokasi yang dipilih untuk meraikan hari kelahiran 'umping' ialah di Restoran Flaming, berhampian dengan Sunway Pyramid. Antara yang hadir, semestinya keluarga bakal mentua aku, En. Wan Mohamed, Puan Azian (sorry Cik Yan kalo silap eja nama), Azie (tunang aku...hehehe), Fizah, Zirah, Acu, Cu Ta, Adik Cu Ta (sorry tak tau nama), keluarga Abg Ijat (Kak Rahmah, Ieka, Wani, Wada), GG, aku sendiri dan tak lupa pada 'birthday boy', Hazwan. Restoran ni terkenal dengan 'steamboat' dan makanan 'buffet'. Kitaorang apa lagi, pulun cukup-cukup kasi perut pecah...hahah. Di sini beberapa gambar yang sempat dirakam semasa berada di sana...


























































Ni ada sikit video yang aku sempat rakam masa
malam tu...enjoice...!!!
video